BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Home

Bacaan Yaasin...

Munajat Keampunan

04 October 2009

Sudah bersediakah anda jika dipanggil oleh Allah SWT ???



Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah rambutmu sebelum rambut kamu ditutupkan
dengan kain kapan yang serba putih
Pada waktu ini tiada guna lagi untuk bersedih
walaupun orang yang datang itu merintih

Selepas itu kamu akan diletakkkan di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Al-Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

Namun adakah empat kali takbir itu dapat menebus
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud itu
dapat membayar hutang rukuk dam sujudmu yamg telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru wahai Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat

Iringlah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiring ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tiada guna lagi di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Ingatlah di mana sahaja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi tuhan
Dan dibumbungi dengan langit tuhan
Serta menikmati rezeki tuhan

Justeru itu apabila Dia menyeru
sambutlah seruan-Nya
Sebelum dia memanggilmu
buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu
Tetapi Allah SWT mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung daripada malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tetapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sahutlah seruan ' Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhitar dan dunia

Ingatlah yang kekal hanyalah amal
Menjadi bekalan sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan tuhan.....








0 comments: