BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Home

Bacaan Yaasin...

Munajat Keampunan

20 September 2009

Pesta Buku...

Salam wbt....
Sem 2 lps(lupe la bila tarikhnyer), sy n kwn2 pg pesta buku kt PWTC. Ramai jgk artis2 jemputan n novelis terkenal yg pg kt sana. Habiburahman yg wt novel ayat2 cinta pn pg jgk kt sana tau.....


Dr kiri (Kak Suhana, Kak Ida, Kak Dilla, Yat n sy) tgh tunggu teksi utk ke LRT Bdr Tun Razak. Kitorg sempat lg ambk gmbr walaupn masa tu tgh panas terik. Huhuhu...












First time dpt bergmbr ngn salah sorg
ahli kump Hijjaz....














Kump Inteam tgh sibuk bg autograf kt peminatnyer...














Sempat lg bergmbr ngn salah sorg ahli kump InTeam.

Huhuhu....

15 September 2009

KEISTIMEWAAN MALAM AL-QADR


Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
• Menghayati malam tersebut dengan ibadah
• Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
• Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :
• Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
• Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
• Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
• Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
*
Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.
SAMA ada sedar atau tidak, kita sudah berada pada hari terakhir Ramadan al-Mubarak. Kebiasaannya bermula pada malam 15 Ramadan, jemaah masjid atau surau akan mengakhiri solat tarawih dengan solat witir dan membaca doa qunut.

Setiap rakaat solat tarawih, akan dibacakan surah al-Qadr pada rakaat pertama. Tradisi itu sudah sekian lama diguna pakai sebilangan besar masyarakat Islam di Malaysia sama ada di bandar mahupun kampung.

Pada Ramadan ada satu malam disebut Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa berdoa dan beribadat pada malam itu doa mereka akan dimakbulkan. Justeru, kita digalakkan membaca surah al-Qadr pada malam penghujung Ramadan ini.

Lailatul Qadar adalah satu malam penuh keistimewaan dikurniakan Allah kepada umat Muhammad SAW. Firman Allah bermaksud: Dan amal ibadat yang dikerjakan pada malam
tersebut dinilai lebih baik daripada seribu bulan.

Dalam surah al Qadar Allah SWT menyatakan:
“Sesungguhnya Kami turunkan (al-Quran) itu pada malam al Qadar. Dan apakah kamu mengetahui mengenai malam al-Qadr. Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Diturunkan malaikat dan roh padanya dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar.”

Jika dihitung seribu bulan bersamaan dengan 83 tahun tiga bulan. Betapa besarnya keistimewaan beribadat pada malam itu, namun tidak ramai umat Islam berkesempatan mendapatnya melainkan mereka yang kuat iman, sanggup meluangkan masa dengan solat sunat, membaca al-Quran, berdoa, bertaubat dan bermunajat di hadapan Allah.
Tanpa membataskan tarikh tertentu pada Ramadan untuk merebut Lailatul Qadar, umat Islam yang konsisten dengan amal ibadat 30 hari tentu akan menemui Lailatul Qadar walaupun tidak bertemu dengan tanda kemunculannya.

Masyarakat banyak berpegang kepada alamat seperti pada malam itu air menjadi beku, pokok sujud ke bumi, tidak ada kedengaran salakan anjing dan sebagainya. Bagaimanapun Rasulullah SAW ada menyuruh kita mencari Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir Ramadan dengan meningkatkan ibadat.

Tujuan disembunyikan malam Lailatul Qadar itu mempunyai hikmahnya tersendiri supaya kita berusaha mencarinya, meningkatkan ibadat pada semua malam dan untuk menguji keimanan Islam terhadap janji Allah SWT.

Kita tidak sepatutnya berpegang dengan anggapan karut-marut seperti mengatakan Lailatul Qadar itu sebagai seorang tua berjubah dan berserban serba putih, sesiapa bertemu dengannya hendaklah memeluknya dan meminta apa saja kita inginkan. Dia akan memberi apa saja kita minta.

Kepercayaan dicipta semata-mata untuk orang yang malas dan mengambil jalan mudah tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

Hakikatnya, Lailatul Qadar adalah satu malam Allah untuk diberikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang yakin dengan janji Allah. Mereka berebut-rebut beribadat memenuhi ruang masjid dan surau membaca al-Quran, berzikir dan berqiamulail.

Mereka tamakkan Ramadan yang berada pada penghujungnya. Peluang ini tidak diperoleh pada bulan lain.

Nabi SAW bersabda bermaksud:
“Apabila malam akhir Ramadan maka menangislah langit dan bumi serta malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhamad. Sahabat bertanya: Apakah musibah itu? Rasulullah menjawab: (Musibah) kerana perginya Ramadan kerana dalam bulan ini doa dimakbulkan semua sedekah di terima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Jabir)
Pada malam Lailatul Qadar seluruh malaikat dan roh nabi, rasul serta roh orang yang salih turun bersama berdoa dan mendoakan orang yang beribadat pada malam itu hingga terbit fajar.

Bagi mereka yang berpeluang bertemu malam itu juga akan berasa puas dan gembira hasil kesungguhan mereka beribadat sejak awal Ramadan hingga mendapat pengiktirafan Allah dengan disaksikan malaikat dan nabi.

Mampukah aku menjadi seperti bidadari2 syurga ??


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir airmataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya
Yang setia berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai penghulu syurga

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

50 KEISTIMEWAAN WANITA


“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa keistimewaannya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah : “Ibu lebih penyanyang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 wali orang wali.

4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya,maka pahalanya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya,maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang manyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca “ Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah ( Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa )”,maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada’ apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Sabda Rasulullah SAW: “Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga.”

9. Sesiapa yang bersifat ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh taqwa dan tanggungjawab maka baginya adalah syurga.

10. Daripada Aisyah r.a : “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka. Maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

12. Apabila kedua-dua orang ibubapamu memanggilmu,maka jawablah panggilan inbumu dahulu.

13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

14. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solat dan puasanya),semua iakn di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya.

15. Aisyah r.a : “Aku berkata kepada Rasullulah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?” Jawab baginda, “Suaminya. Aisyah r.a bertanya : “Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki ?” Jawab baginda, “ Ibunya.”

16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya,maka pasti akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia dikehendaki

17. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama,maka dia akan masuk ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya.

18. Apabila seorang wanita hamil,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti ibadat di malam hari.

22. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin,maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah SWT..

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala seperti 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

24. Apabila seseorang wanita melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin,maka dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.

27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 ½ tahun),maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis,maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT.

30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya,maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya,maka Allah SWT akan mencatatkan 1000 kebaikan dan mengampunkan 2000 kesalahahnnya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah SWT akan mengangkatkan 1000 darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu,maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.

33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah dibersihkan mukanya,dihamparkan alas duduknya,disediakan maka minum suaminya,direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang,diperelokkan hidangannya,dipelihara anak-anak dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah SWT,maka disunatkan baginya akan setiap ucapan,langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari qiamat nanti,Allah SWT akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan nabi-nabi.

34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmatnya.

36. Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.

38. Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : “Mana-mana wanita berdiri diatas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.”.

40. Thabit Al Banani berkata : “Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah mata sangat baik terhadap suaminya.. Dia menyalakan pelita ketika dia menghidangkan makanan dihadapan suaminya,dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam,pelitanya kehabisan sumbu. Maka,dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesaokkan harinya,matanya buta telah celik. Allah SWT mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.”

41. Pada suatu ketika di Madinah,Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa orang wanita didalam majlis itu. Baginda lalu bertanya: “adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka: “Tidak.” Lalu baginda bersabda : “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami,nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.”

42. Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca “Bismillah” maka akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Seorang wanita yang menggauli tepung dengan membaca “Bismillah” ,maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.

44. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

45. Sabda Rasulullah SAW : Wahai Fatimah,untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Fatimah,setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh Allah SWT perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya.

47. Sabda Rasulullah SAW : “Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya,mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka,akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatinya.”

48. Syurga di bawah tapak kaki ibu.

49. Sabda Rasulullah SAW : “Wahai Fatimah,setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh Allah SWT satu tempat khas untuknya diatas takhta di hari akhirat.”

50. Sabda Rasulullah SAW : “Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya,memotong misai dan mengeratkan kukunya,akan diberi minum oleh Allah SWT. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan akan dicatatkan oleh Allah SWT baginya pelepasan dari neraka dan selatlah dia melintas titian shiratul mustaqim.”

13 September 2009

Seruan Kubur Kpd Manusia....

PERINGATAN BUAT PARA KAWAN SE-REMAJA KU



ANDA BIJAK JAUHI ZINA
"tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.ada orang bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja.tak pernah bersua muka pun!"

"tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?"

"takkan nak berbual-bual pun tak boleh?itupun zina juga ke?

"ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan."

"kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu."

hari ni ya..esok mungkin kamu kecundang.kamu dalam bahaya.jangan bermain dengan bahaya.iblis dan syaitan akan memerangkap kamu.sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran.iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus.ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama...ADAM DAN HAWA.jangan pula lupa.siapalah kita berbanding ADAM DAN HAWA?ia ada lebih 1001 cara.



LETS LOVE FOR THE SAKE OF ALLAH
CINTA secara islam hanya satu iaitu perkahwinan.
CINTA berlaku setelah ijab qabul.
CINTA lepas kahwin,itulah CINTA qudus.
CINTA yang bermaruah,bukan CINTA murahan,
inilah kemuliaan agama kita,ISLAM

Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan denan sesuatu yang lebih baik.Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Buku “motivasi dakwah” yg memberi kesan mendalam terhdp diri sy….



Assalamualaikum wbt….
Sy nk ckp kt korg yg 3 minggu lps, sy ade bli buku motivasi dakwah yg br,tau. Buku tu bertajuk “ Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman” karya Muhd Kamil Ibrahim. Sy rase buku tu adalah buku motivasi yg terbaik yg pernah sy baca. Buku tu berkisarkn tentang kisah-kisah teladan dan dugaan yg dialami oleh penulis sendiri ketika berada di Mekah. Buku tu mengisahkan tentang seorg insan yg dahulunya jahil dlm soal agama bertungkus-lumus mendalami ilmu agama demi untuk mendekatkn diri kpd Yg Maha Pencipta. Walaupun beliau berjaya menamatkan pengajiannya sehingga ke peringkat PhD dan dianugerahkn jawatan ‘professor’,namun beliau cetek dlm ilmu agama.
Meskipn beliau tdk pandai membaca al-quran,namun beliau tdk mudah berputus asa utk berusaha mengkhatam al-quran dan memperbykkn ibadat2 sunat demi mencari keredhaan Allah swt. Beliau bersungguh-sungguh menjalinkn hubungan yg paling istimewa dgn Allah swt. Hrpn beliau hanyalah agar beliau dpt menjd tetamu Allah yg paling istimewa sepanjang beliau menunaikan ibadat haji di Mekah dan diampunkan segala dosanya seumpama bayi yg br lahir dr perut ibunya. Sy menitiskn air mata dan hati sy sentiasa berderau dan berdebar setiap kali membaca kisah-kisah di Tanah Haram. Buku ini memberi gambaran betapa ia lahir dr hati penulis sendiri. Dan sudah pasti apa yg dtg dr hati akan jatuh ke hati juga. Korg trylah baca buku tu ek……

08 September 2009

Ahlan wasahlan ya ramadhan….


Ahlan wasahlan ya ramadhan….

Telah bersabda Rasulullah saw yg bermaksud, “apabila telah tibanya ramadhan, dibuka pintu2 syurga dan ditutup segala pintu neraka serta diikat segala syaitan”. (Hadis riwayat Imam Bukhari Muslim)

Ramadhan kembali lg menjenguk kita yg tengah alpa. Mampukah kita menggunakan rahmat Allah ini dgn sebaiknya utk meningkatkn rasa kehambaan kita kpd-Nya. Atau ramadhan kali ini dirasakan sama seperti hari2 biasa yg kita lalui tanpa usaha utk lebih mendekatkan diri kpd Yg Maha Pencipta. Semoga kita menggarap seberapa byk ilmu yg cuba Allah swt sampaikan dlm bln yg penuh barakah ini. Insyaallah….

Kali ini adalah kali ke-2 sy menyambut bln yg mulia iaitu bln ramadhan al-mubarak di perantauan. Sy amat berhrp agar sy dpt mengambil kesempatan utk memperbykkn ibadat2 sunat di bln ini. Hr ini adalah 7 Sept 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430H. Kira-kira hanya tinggal 12 hr je lg akn berakhirnya bln ramadhan ini. Sy tdk mahu diri sy sering dibelenggung dgn dosa2 yg lalu. Sy mahu berubah menjadi hamba Allah yg sering mendekatkn diri kpd-Nya. Semoga Allah swt mengabulkan segala doa2 sy. Insyaallah….

Nursing oh nursing….




Sy blajar kt UKM,Cheras dlm jurusan nursing. Skrg sy dah msk tahun 2 blajar dlm jurusan nursing.. Kira-kira dah setahun lebih sy blajar dlm jurusan ni. Cita-cita sy masa kecik dulu nk jd dktr. Tp disebabkan result SPM sy x brape cemerlang, so sy terpaksa ambk nursing. Walau apapn, jd nurse ni pn best jgk. Dulu sy x brape suka jd nurse sbb jd nurse ni penat. Tp skrg sy rasa sy dah jatuh cinta dgn kerjaya nurse ni. Maklumlah, skrg sy dah ade byk pengalaman posting kt wad.
Masa sem 1 dulu,sy slalu curi tulang masa posting kt wad dan takut2 utk nk lakukan procedure kt patient. Tp skrg, sy rase lebih yakin dan seronok posting kt wad. Skrg sy rase sy nk wt semua procedure yg sy dah blajar kt wad. Markah klinikal posting sy kt wad pn dah byk meningkat. Dulu, markah klinikal posting sy slalu ‘C’ atau ‘C-‘ je. Tp skrg sy dah dpt ‘A’ atau ‘A-‘,tau.


Sy paling suka posting kt ‘wad medical’ terutamanya ‘Wad Medikal 6’ kt PPUKM. Wad medical 6 tu adalah ‘wad respiratory’. Walaupn wad medical tu busy skit berbanding dgn wad trauma,ortopedik, dan surgeri, tp sy suka. Sbb kt wad tu sy dpt blajar byk procedure br. Staff nurse2 kt wad tu pn semuanya peramah dan baik2 belaka.

Diorg jgk slalu beri tunjuk ajar kt sy klu sy ade wt salah dlm sesuatu procedure kt patient. Sy rase sy lebih rapat dgn staff nurse2 kt wad tu berbanding dgn wad2 lain. Sy hrp suatu hr nanti sy dpt bekerja kt wad tu. Korg tlg lah doakan utk sy ek. Huhuhu…

My Family

Assalamualaikum wbt….
Sy nk criter serba sedikit psal family sy kt korang semua. Sy berasal dr pasir mas, kelate. Ayah sy bekerja sbg juruteknik Telekom. Tp tu dulu,skrg ayah dah bersara. Mak sy plak suri rumah sepenuh masa. Sy anak bongsu drpd 6 org adik-beradik. Sy ni nk dikatakan anak yg manja tu xlah sgt. Tp manjalah jgk skit2. Huhuhu….
Sy ade 4 org kakak dan 1 org abg. Kakak sy semuanya cun2 belaka. Abg sy plak blh dikatakan termasuk dlm kategori macho jgk. Semua kakak sy dah bekerja. Tp abg sy masih study lg. Abg br je habis pengajian diploma kt Kolej Islam Antarabangsa Malaysia (KIAM),Gombak. Skrg abg tengah sambung degree kt UDM dlm jurusan IT.
Family sy blh dikatakan termasuk dlm kategori keluarga bahagia jgk. Klu kt kg tu, sy slalu jgk gaduh dengan kakak dan abg. Tp 2-3 minit lps tu kami berbaik semula. Maklumlah, bak kata pepatah ‘air dicincang x akn putus’. Emm… rasanya tu je yg sy nk criter psal family sy kt korang semua. Oklah jumpe lg….