BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Home

Bacaan Yaasin...

Munajat Keampunan

15 September 2009

KEISTIMEWAAN MALAM AL-QADR


Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
• Menghayati malam tersebut dengan ibadah
• Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
• Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :
• Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
• Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
• Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
• Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
*
Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.
SAMA ada sedar atau tidak, kita sudah berada pada hari terakhir Ramadan al-Mubarak. Kebiasaannya bermula pada malam 15 Ramadan, jemaah masjid atau surau akan mengakhiri solat tarawih dengan solat witir dan membaca doa qunut.

Setiap rakaat solat tarawih, akan dibacakan surah al-Qadr pada rakaat pertama. Tradisi itu sudah sekian lama diguna pakai sebilangan besar masyarakat Islam di Malaysia sama ada di bandar mahupun kampung.

Pada Ramadan ada satu malam disebut Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa berdoa dan beribadat pada malam itu doa mereka akan dimakbulkan. Justeru, kita digalakkan membaca surah al-Qadr pada malam penghujung Ramadan ini.

Lailatul Qadar adalah satu malam penuh keistimewaan dikurniakan Allah kepada umat Muhammad SAW. Firman Allah bermaksud: Dan amal ibadat yang dikerjakan pada malam
tersebut dinilai lebih baik daripada seribu bulan.

Dalam surah al Qadar Allah SWT menyatakan:
“Sesungguhnya Kami turunkan (al-Quran) itu pada malam al Qadar. Dan apakah kamu mengetahui mengenai malam al-Qadr. Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Diturunkan malaikat dan roh padanya dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar.”

Jika dihitung seribu bulan bersamaan dengan 83 tahun tiga bulan. Betapa besarnya keistimewaan beribadat pada malam itu, namun tidak ramai umat Islam berkesempatan mendapatnya melainkan mereka yang kuat iman, sanggup meluangkan masa dengan solat sunat, membaca al-Quran, berdoa, bertaubat dan bermunajat di hadapan Allah.
Tanpa membataskan tarikh tertentu pada Ramadan untuk merebut Lailatul Qadar, umat Islam yang konsisten dengan amal ibadat 30 hari tentu akan menemui Lailatul Qadar walaupun tidak bertemu dengan tanda kemunculannya.

Masyarakat banyak berpegang kepada alamat seperti pada malam itu air menjadi beku, pokok sujud ke bumi, tidak ada kedengaran salakan anjing dan sebagainya. Bagaimanapun Rasulullah SAW ada menyuruh kita mencari Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir Ramadan dengan meningkatkan ibadat.

Tujuan disembunyikan malam Lailatul Qadar itu mempunyai hikmahnya tersendiri supaya kita berusaha mencarinya, meningkatkan ibadat pada semua malam dan untuk menguji keimanan Islam terhadap janji Allah SWT.

Kita tidak sepatutnya berpegang dengan anggapan karut-marut seperti mengatakan Lailatul Qadar itu sebagai seorang tua berjubah dan berserban serba putih, sesiapa bertemu dengannya hendaklah memeluknya dan meminta apa saja kita inginkan. Dia akan memberi apa saja kita minta.

Kepercayaan dicipta semata-mata untuk orang yang malas dan mengambil jalan mudah tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

Hakikatnya, Lailatul Qadar adalah satu malam Allah untuk diberikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang yakin dengan janji Allah. Mereka berebut-rebut beribadat memenuhi ruang masjid dan surau membaca al-Quran, berzikir dan berqiamulail.

Mereka tamakkan Ramadan yang berada pada penghujungnya. Peluang ini tidak diperoleh pada bulan lain.

Nabi SAW bersabda bermaksud:
“Apabila malam akhir Ramadan maka menangislah langit dan bumi serta malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhamad. Sahabat bertanya: Apakah musibah itu? Rasulullah menjawab: (Musibah) kerana perginya Ramadan kerana dalam bulan ini doa dimakbulkan semua sedekah di terima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Jabir)
Pada malam Lailatul Qadar seluruh malaikat dan roh nabi, rasul serta roh orang yang salih turun bersama berdoa dan mendoakan orang yang beribadat pada malam itu hingga terbit fajar.

Bagi mereka yang berpeluang bertemu malam itu juga akan berasa puas dan gembira hasil kesungguhan mereka beribadat sejak awal Ramadan hingga mendapat pengiktirafan Allah dengan disaksikan malaikat dan nabi.

Mampukah aku menjadi seperti bidadari2 syurga ??


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir airmataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya
Yang setia berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai penghulu syurga

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

50 KEISTIMEWAAN WANITA


“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa keistimewaannya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah : “Ibu lebih penyanyang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 wali orang wali.

4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya,maka pahalanya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya,maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang manyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca “ Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah ( Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa )”,maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada’ apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Sabda Rasulullah SAW: “Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga.”

9. Sesiapa yang bersifat ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh taqwa dan tanggungjawab maka baginya adalah syurga.

10. Daripada Aisyah r.a : “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka. Maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

12. Apabila kedua-dua orang ibubapamu memanggilmu,maka jawablah panggilan inbumu dahulu.

13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

14. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solat dan puasanya),semua iakn di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya.

15. Aisyah r.a : “Aku berkata kepada Rasullulah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?” Jawab baginda, “Suaminya. Aisyah r.a bertanya : “Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki ?” Jawab baginda, “ Ibunya.”

16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya,maka pasti akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia dikehendaki

17. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama,maka dia akan masuk ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya.

18. Apabila seorang wanita hamil,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti ibadat di malam hari.

22. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin,maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah SWT..

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala seperti 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

24. Apabila seseorang wanita melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin,maka dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.

27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 ½ tahun),maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis,maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT.

30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya,maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya,maka Allah SWT akan mencatatkan 1000 kebaikan dan mengampunkan 2000 kesalahahnnya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah SWT akan mengangkatkan 1000 darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu,maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.

33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah dibersihkan mukanya,dihamparkan alas duduknya,disediakan maka minum suaminya,direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang,diperelokkan hidangannya,dipelihara anak-anak dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah SWT,maka disunatkan baginya akan setiap ucapan,langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari qiamat nanti,Allah SWT akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan nabi-nabi.

34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmatnya.

36. Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.

38. Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : “Mana-mana wanita berdiri diatas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.”.

40. Thabit Al Banani berkata : “Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah mata sangat baik terhadap suaminya.. Dia menyalakan pelita ketika dia menghidangkan makanan dihadapan suaminya,dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam,pelitanya kehabisan sumbu. Maka,dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesaokkan harinya,matanya buta telah celik. Allah SWT mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.”

41. Pada suatu ketika di Madinah,Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa orang wanita didalam majlis itu. Baginda lalu bertanya: “adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka: “Tidak.” Lalu baginda bersabda : “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami,nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.”

42. Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca “Bismillah” maka akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Seorang wanita yang menggauli tepung dengan membaca “Bismillah” ,maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.

44. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

45. Sabda Rasulullah SAW : Wahai Fatimah,untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Fatimah,setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh Allah SWT perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya.

47. Sabda Rasulullah SAW : “Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya,mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka,akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatinya.”

48. Syurga di bawah tapak kaki ibu.

49. Sabda Rasulullah SAW : “Wahai Fatimah,setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh Allah SWT satu tempat khas untuknya diatas takhta di hari akhirat.”

50. Sabda Rasulullah SAW : “Wahai Fatimah,setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya,memotong misai dan mengeratkan kukunya,akan diberi minum oleh Allah SWT. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan akan dicatatkan oleh Allah SWT baginya pelepasan dari neraka dan selatlah dia melintas titian shiratul mustaqim.”