BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Home

Bacaan Yaasin...

Munajat Keampunan

19 November 2009

Ex@m oh Ex@m....

Minggu ni adalah minggu paling tension sbb sabtu ni start final exam. Apapun, good luck kt semua bdk2 diploma nursing tahun 2 sem 1. Chaiyook ! Moga semua lulus dgn cemerlang....


13 November 2009

UsAha tANggA kEJayaAN

Salam wbt....

Semasa on the way nk blk dr surau KTDI hr sabtu minggu lps, Kak Niza (bdk medik thn 4) ade criter satu kisah teladan kt sy. Criter tu mmg byk bg pengajaran kt sy. So, sy rase sy nk kongsi criter ni ngn korg semua.


Criter ni berlaku mase zmn nabi dahulu. Dahulu ade sorg sahabat nabi yg br msk Islam, beliau x tahu solat n x pandai baca al-quran. Beliau br pandai membaca 2 potong ayat al-quran sahaja iaitu "Bismillahirrahmanirahim" dan "Alhamdulillahirabbillalamin". Pd suatu hr, hati beliau terdetik utk menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Apabila beliau sampai di masjid, beliau terus duduk di saf pertama. Beliau adalah org yg pertama sampai di masjid tersebut berbanding org lain.

Apabila masjid tersebut sudah dipenuhi dgn para jemaah, m
ereka menganggap beliau adalah imam masjid tersebut. Maka, mereka meminta beliau utk mengimamkan solat maghrib ketika itu. Tanpa membuang masa, beliau merelakan hati utk menjadi imam ketika itu. Ketika menunaikan solat, beliau hanya tahu membaca 2 potong ayat al-quran sahaja iaitu "Bismillahirrahmanirahim" dan "Alhamdulillahirabbillalamin". Selepas membaca 2 potong ayat al-quran tersebut, beliau berasa amat gelisah dan takut kerana beliau x tahu utk membaca ayat yg seterusnya. Kemudian, beliau menangis teresak-esak kerana beliau takut dan malu kpd Allah swt dan para jemaah. Semua jemaah x tahu akan apa yg berlaku pd dirinya. Mereka beranggapan bhw beliau adalah seorang imam yg amat warak kerana beliau amat khusyuk dlm solat sehingga menitiskan air mata ketika menunaikan solat. Oleh hal demikian, para jemaah pn turut menitiskan air mata kerana terharu dgn sifat warak beliau.

Oleh kerana beliau berasa amat malu dan takut kpd p
ara jemaah. beliau segera berlari keluar meninggalkan masjid tersebut. Para jemaah yg menganggap beliau seorang imam yg hebat itu pn turut berlari mengikut beliau keluar dr masjid tersebut. Dgn kuasa Allah swt yg Maha Esa, masjid tersebut runtuh dgn tiba-tiba setelah semua jemaah berlari mengosongkan masjid tersebut. Setelah menyaksikan kejadian itu, para jemaah menganggap bhw beliau adalah seorang imam yg amat hebat kerana beliau mendapat petunjuk drpd Allah swt yg menyatakan bhw masjid tersebut akan runtuh. Mereka amat mngagumi kehebatan beliau itu. Padahal, mereka x tahu bhw beliau berlari keluar drpd masjid tersebut adalah kerana beliau x tahu utk membaca ayat al-quran yg seterusnya dlm solat. Huhuhu....

So, pengajaran drpd kisah ini adalah "Jika kita ber
usaha bersungguh-sungguh utk mendapatkan apa yg diimpikan, maka Allah swt akan mempermudahkan jln utk kita mencapainya".
Insyaallah.......



29 October 2009

Ade Ape dengan klinik orthopedik???

Salam wbt....
Hari ni dah masuk hari ke-2 sy posting kt klinik orthopedik. Group sy yg posting kt sini ialah fateha,anis mahirah,kak ernie n dewi. Best giler dpt satu group ngn diorg sbb diorg ni mmg sempoi. Huhuhu....

Hari pertama posting kt sana,sy n dewi kena posting kt bilik POP. Fateha,kak ernie n anis mahirah plak duk kt bilik dressing. Hari kedua ,kitrg bertukar tempat. Sy n dewi duk kt bilik dressing n yang lain duk kt bilik POP plak. Posting kt klinik best sbb x penat n x kena cuci BO mcm kt wad Huhuhu...

Stuff nurse kt sana pn semuanya baik2 belaka. Ni sy nk criter skit psal MA2 kt sana. Kt dlm bilik POP ade 4 org MA. Mula2 masa kitrg msk bilik POP,diorg wt x tahu je. Dr pagi sampai tghr diorg asyik main games kt komputer n layan criter kartun yg diorg download kt internet je. Tp bila dah start msk hr ke-2 kitrg posting kt sana,br kitrg tahu yg sebenarnya diorg ni peramah n suka wt lawak. Tp kebykkn lawak yg diorg wt 2 ialah lawak yg x senonoh. 2 yg sy x brape suka ngn diorg. Huhuhu.....


Ni antara kes yg menarik kitrg jumpe kt sana. Patient ni ade diabetes. Disbbkn kaki dia kena bandage terlalu ketat(ntah sape lah yg wt bandage 2. Kesian patient ni...),so salah satu jari kaki dia terlekat antara jari kaki yg lain. So,dktr plan nk operate buang jari 2 sbb jari 2 dah mati n dah x berfungsi lg....


MA ngn tekunnya tgh wt POP kt salah sorg patient kt sana....




Kesian baby ni. Kecik2 lg dah kena pkai POP.....






04 October 2009

Sudah bersediakah anda jika dipanggil oleh Allah SWT ???



Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah rambutmu sebelum rambut kamu ditutupkan
dengan kain kapan yang serba putih
Pada waktu ini tiada guna lagi untuk bersedih
walaupun orang yang datang itu merintih

Selepas itu kamu akan diletakkkan di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Al-Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

Namun adakah empat kali takbir itu dapat menebus
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud itu
dapat membayar hutang rukuk dam sujudmu yamg telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru wahai Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat

Iringlah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiring ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tiada guna lagi di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Ingatlah di mana sahaja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi tuhan
Dan dibumbungi dengan langit tuhan
Serta menikmati rezeki tuhan

Justeru itu apabila Dia menyeru
sambutlah seruan-Nya
Sebelum dia memanggilmu
buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu
Tetapi Allah SWT mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung daripada malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tetapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sahutlah seruan ' Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhitar dan dunia

Ingatlah yang kekal hanyalah amal
Menjadi bekalan sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan tuhan.....








02 October 2009

Raye DaTang LaGi....

Assalamualaikum wbt.....
Yahoo! Raye dtg lg....ni lah saat2 yg dinantikn oleh semua org. Alhamdulilah, tahun ni sy dpt blk beraya kt kg. Tp bila dah jd staffnurse esk lusa, x tahu blh blk beraye kt kg ke atau x.
Huhuhu....
Pagi raye kitorg satu family bermaaf maafan antara satu sama lain. Masa ni lah mak n ayah sy start beri duit raye. Huhuhu....



My beloved family.....

Dr kiri ina (kakak ke-4), ba (ayahandaku) n sy....

Sy n kak gee (kakak sulung). Ni almari antik br yg mak sy bli. Huhuhu....
Sy n kak ini (kakak ke-2).....

Ni lah hasil duit raye yg sy dpt utk raye thn ni.... ( skit je...)

20 September 2009

Pesta Buku...

Salam wbt....
Sem 2 lps(lupe la bila tarikhnyer), sy n kwn2 pg pesta buku kt PWTC. Ramai jgk artis2 jemputan n novelis terkenal yg pg kt sana. Habiburahman yg wt novel ayat2 cinta pn pg jgk kt sana tau.....


Dr kiri (Kak Suhana, Kak Ida, Kak Dilla, Yat n sy) tgh tunggu teksi utk ke LRT Bdr Tun Razak. Kitorg sempat lg ambk gmbr walaupn masa tu tgh panas terik. Huhuhu...












First time dpt bergmbr ngn salah sorg
ahli kump Hijjaz....














Kump Inteam tgh sibuk bg autograf kt peminatnyer...














Sempat lg bergmbr ngn salah sorg ahli kump InTeam.

Huhuhu....